Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

31 August 2009

Sejarah Syiling Emas di Malaysia

Salam,

Dengan mengambilkira faktor cuti yang ada dan xde apa yang nak dibuat, aku ada la wat sikit search psl sejarah syiling emas kat Malaysia nie. Kalau x lengkap tu minta maaf la yea sbb nie apa yg aku jumpa kat internet je. sapa2 yg ada info boleh tambah kat ruangan komen, nanti aku updatekan.

Sejarah syiling emas di Malaysia bermula pada tahun 1971 di mana syiling yang dikeluarkan memaparkan gambar Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Syiling ini mempunyai nilai muka 100 Ringgit, diameter 27 mm, berat 18.66g dan ketulenan 917. Sebanyak 10,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:

Obverse of 1971 Malaysia Gold 100 Ringgit
Muka Depan

Reverse of 1971 Malaysia Gold 100 Ringgit
Muka Belakang


Kemudian pada tahun 1976,bersempena dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia yang ketiga, Syiling emas dengan memaparkan gambar Tun Abdul Razak pula dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter tidak diketahui, berat 7.3g dan ketulenan 900. Sebanyak 50,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:

Obverse of 1976 Malaysia Gold 200 Ringgit
Muka Depan

Reverse of 1976 Malaysia Gold 200 Ringgit
Muka Belakang

Pada tahun 1977,bersempena dengan Southeast Asian Games ke 9, Syiling peringatan emas dengan gambar Bajau Berkuda dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter 24 mm, berat 7.22g dan ketulenan 900. Sebanyak 12,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:


Selain itu, terdapat juga syiling emas yang dikeluarkan bagi sesuatu acara yang berlangsung. Syiling Peringatan ini dikeluarkan dengan jumlah tempaan yang terhad. Ada juga yg dikeluarkan menggunakan medium atau logam yang lain seperti perak. Aku cuma fokuskan pada syiling emas saja sebab nanti bercelaru pulak nanti, hehe. Antaranya adalah seperti berikut:


The 250 Ringgit Fifteenth South East Asia Games, 1989, gold.


The 250 Ringgit Employees' Provident Fund 25th Anniversary, 1951-1976, gold.



The 500 Ringgit 25th Anniversary of Independence, 1957-1982, gold



The 250 Ringgit 30th Anniversary of Independence, 1957-1987, gold.


RM250 United Nations Decade for Women Coin, 1986; Gold.



The 100 Ringgit, Tunku Abdul Rahman 13 Year Premiership, 1971, gold.


The 500 Ringgit World Wild Life Conservation, 1976, gold.


Pada 2 Julai 2009, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan Emas (pruf) bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Duit syiling peringatan pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa. Selain itu, turut dikeluarkan adalah Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.


(* Abaikan dulu gambar awek comel tu, tgk syiling tu jer, hehe)


Pada masa sekarang pula, Bank Negara telah mengeluarkan syiling emas yang dinamakan Kijang Emas. Rasanya yang nie ramai yang dah tau. Bila tarikh mula dikeluarkan tu aku x dpt nak pastikan pula. Kijang Emas ini ditempa oleh Royal Mint of Malaysia dan dijual oleh Maybank Berhad. Terdapat 3 saiz yang dikeluarkan iaitu 1 aun, 1/2 aun dan 1/4 aun. Gambar dan spesifikasinya seperti di bawah:


Kijang Emas RM200
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm


Kijang Emas RM100
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm


Kijang Emas RM50
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm


Rasanya tu la serba sedikit berkenaan dengan sejarah syiling emas di Malaysia yang aku dapat kongsikan hasil carian yang dibuat. Selain itu, terdapat juga dinar emas yang dikeluarkan dan ada di Malaysia ni seperti Dinar Kelantan, Public Dinar dan yang lain-lain yang aku mungkin x tau. Nanti kalau ada masa, aku akan postkan pula berkenaan dengan Dinar Emas di Malaysia nie.

Sebagai kesimpulan, pada aku la, sapa-sapa yang berminat untuk buat koleksi syiling2 emas nie, amat baik sekali. Sepertimana yang kita sedia maklum, mengumpul emas tu banyak faedahnya utk protect wealth kita atas faktor-faktor yang banyak dibincangkan sebelum nie (boleh rujuk di web jutawanemas atau blog pokli). ditambah pula kalau kita boleh dapat kumpul balik syiling2 emas yang ada nie, mengambilkira nilai estetikanya dan value emas tu sendiri, mmg syok..:) yela, mcm kumpul setem la jugak, x kan nak kumpul setem kuala lumpur je kan. nie semua bergantung pada minat la. Apapun, mengumpul emas nie x kira la dalam apa bentuk pun mmg x rugi.

Jumpa lagi.

sumber:
http://www.taxfreegold.co.uk/malaysia.html
http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=4&pg=53
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1637&lang=bm
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/2/mstar_berita/20090702145241&sec=mstar_berita
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=441&ac=302&lang=bm
Share:

3 comments:

nuaraca said...

tah wujud ke lagi ke x syiling emas lama2 nie, sapa2 yg wat koleksi ni mmg beruntungla.

tommy8866 said...

i have one rm100 / rm200 malaysia old gold for sell
call for price or email
tommyeong8866@yahoo.com.my
0178038088

goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab