Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

29 December 2016

Pengalaman pertama membida emas lelong di Ar-Rahnu Bank Rakyat


Lagi cerita pasal Ar-Rahnu Bank Rakyat..



Hari Rabu minggu lepas aku ngn member aku ayie ke Bank Rakyat di Sembulan, Kota Kinabalu. Tujuannya sebab nak gi jenguk tengok emas yang ada di Bank Rakyat..sebab kami dimaklumkan secara telefon oleh salah seorang staf di Bank Rakyat tu yang hari tu dah start lelong barang kemas.. Bidaan ni berlangsung 3 hari sampai tutup hari Jumaat. Sebab aritu kitaorg agak free sikit..terus la ke sana. Btw.. mcm mana staf tu leh telefon kitaorg.. sbb kitaorg dh pesan sebelum ni kt dia.. lau ada lelongan..telefon kitaorg.. kena la wat repo skit ngn org bank..baru senang skit nanti.hehe

Sampai di sana..orang xdela ramai sangat.. mcm biasa je..ada la customer bank dlm 4-5 org.. Baru je nak tanya staf bank yg ada kat kaunter no. tu.. dah nampak dah ada diletakkan satu meja bercermin kat area ruang legar tu.. so terus jela tgk2 item yang ada.. dalam tu ada dalam 14 item barang kemas kesemuanya.. tp atas 5 orang penama ataupun 5 akaun..

Item Barang Kemas untuk Dilelong


Ada juga diletakkan list detail maklumat berkaitan dengan barang-barang kemas yang bank nak lelong tu. Sambil jenguk-jenguk barang kemas tu dan dok perhati list tu..kitaorg bincang la nak masuk ke x membida ni.. bincang punya bincang..kita masuk jela.. try jela.. lagipun ikut list yg ada tu masih dalam bajet kitaorg.. kecuali akaun penama no.5 tu.. reserve price yg bank letak pun RM26k lebih untuk 7 item semuanya..

Senarai Item Barang Kemas untuk dilelong


Ayie kemudian amik borang yg ada kt sebelah meja tu.. xdela byk sgt nak kena isi.. butiran maklumat biasa.. ngn apa item yang kita nak bid.. staf bank tu bagitau.. leh isi dalam satu borang je kalau nak bid.. xyah pakai banyak borang pun xpe.. sbb nanti bayar kos pun ikut jumlah penama atau jumlah akaun yg kita bid.. RM5.30 satu penama/akaun.. cumanya xleh nak pecah pecah item.. maksudnya.. kalau satu penama tu ada 2 item..otomatik kena bid kedua-dua item tu.. kalau ada 5 item satu penama.. kena bid kelima item semuanya.. gtu la kaedahnya..

Borang Kosong Untuk Bidaan


So..kitaorg decide bid 3 penama.. pakai 2 borang.. dah isi tu.. kena gi buat payment kt kaunter pulak.. sambil tunggu giliran.. aku dok kira-kira kalau amik yg penama ke 5 tu.. mcm byk gak leh untung kalau menang.. tp bajet x de la pulak.. :)

Borang Bidaan Kitaorg yang Pertama


Borang Bidaan kitaorg yang kedua


Pas selesai ayie bayar borang tu.  resit tu staf bank dah siap stapler kt borang dah.. x sempat aku nak suruh snap gambar resit tu.. tau tau ayie dah masuk dah borang tu dlm tong cermin tu.. hehe... Aku x perasan dlm tong ada org dh bid ke x.. cuma ayie bgtau xde pun org lain yg bid.. masih awal lg la kot.. ada 2 hari lg..xpela.. tunggu jela..

Staf bank situ bgtau dlm minggu depan nanti (minggu ni la) kalau bidaan kitaorg berjaya.. bank akan telefon bgtau.. atau diorg akan kuarkan surat.. pastu kita org kena setelkan bayaran dlm tempoh 7 hari.. lau x.. org kedua tertinggi akan ditawarkan item tu.

Jadinya semalam.. tgh tgh lepak ngn ayie.. staf bank rakyat ada telefon dia.. pendek ceta.. dia bgtau kitaorg berjaya utk 2 penama akaun..no.1 ngn no. 2.. masing2 2 item utk satu penama.. total suma 4 itemla.. yg penama no. 4 tu kami kalah.. kalah teruk bank bgtau..haha.. So skrg standby jela duit ni.. dateline smp minggu dpn.. nanti dah amik tu nak gi cuci lagi kat ar rahnu..x mahal kosnya.. dlm RM3 je setiap item..pastu nak buat emas lelong ni? Apa lagi.. jual la.. kat mana nak jual tu? nanti aku bgtau di lain post..:)

Ok tu la serba sedikit psl pengalaman kitaorg gi membida emas lelong di Ar Rahnu Bank Rakyat.. xdelah susah sgt kan?.. cuma teruja je sikit sbb 1st time..kena try sendiri la baru tau..kalah menang belakang ceta..lawan tetap lawan haha.. aritu kt Ar Rahnu Kelantan di Putatan ada gak gi.. tp x jadi bid.. sebab nape x jadi.. nextime nt aku story k..

Jumpa lagi..
Share:

8 comments:

Unknown said...

Mana lagi blog yg slanjut nya ?? Nak tau jgk jual kat mna

Unknown said...

berapa banyak perbezaan harga yg tuan bid. nak tau jugak

Unknown said...

Menarik entri2 yg mcm ni

Unknown said...

Kalau brg kita kena lelong ? Bank rakyat bg tak baki lelongan ? Kedua . Masa pinjam rm690 . Masa lelong jadi rm945. Tinggi nya beza hmm

Unknown said...

Biasa masa pinjam bank bagi 70% dari harga asal. Bila lelong bank akan nilai 100% barang kemas tu

Hidayah said...

Salam.. Macam mana nak tau iklan2 mana bank atau arrahnu ada buat lelong?

pencuri hati said...

xleh tauu... rahsia 😂jk

Unknown said...

berapa harga lelong..mcm mana bank letak harga,ikut harga emas semasa ke?

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab