Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

30 June 2009

Penyusunan Hutang

Hari dah aku dah submit semua benda-benda utk loan bank rakyat aku. kalau ikutkan dlm minggu depan boleh dpt kot. pasni xde lah mamat dari bank islam tu dok telefon aku bulan2 tanya loan bila nak bayar, hehe.

sebabnya aku mmg dah bgtau dia aku dlm proses nak wat full settlement. cuma yg jadi lambat tu nak dptkan surat penyelesaian awal dari kowaja je yg lambat, kena tunggu 7 hari bekerja. so, dah terlepas utk bulan nie.

apapun, harap ianya berjalan lancarlah, sbb step pertama aku on the way dah iaitu penyusunan awal. baki loan tu mmg aku dah rancang nak wat apa. antaranya nak settlekan beberapa benda2 kecil dan yang paling penting utk aku mulakan perjalanan aku utk mencapai financial freedom. antaranya adalah buka Public Bank GIA dan beli emas. Kalau yg dah tau psl PB GIA tu, ok lah. nanti part ni aku akan ceta kemudian.
Share:

29 June 2009

Kesedaran Untuk Berubah

Akhir-akhir nie aku banyak membaca beberapa bahan bacaan. terutamanya psl pengurusan kewangan. Aku xnak ceta byk, cuma antara yang pada aku penting dan boleh di share di sini adalah, "kesedaran untuk berubah".

Mcm aku sendiri, background kat u dulu dlm bidang kewangan. tapi bab kewangan diri sendiri aku gagal dalam menguruskan kewangan aku. patutnya dgn ilmu yg aku ada aku boleh praktikkan sbb aku ada advantage sikit kalau nak banding dgn org lain. tapi xpelah. at least aku boleh gak tersedar daripada terus hanyut bab pengurusan kewangan nie. sekurang-kurangnya, biar lambat sedar daripada x sedar langsung kan.

so azam aku sekarang nie utk mula merancang financial situation aku dgn lebih baik dan teratur. tu sbb org kata, x penting bila kita mula, tapi yg penting kita dah bermula. tu sebab kesedaran tu yang penting. contohnya: kalau 3 tahun dulu kita dah tahu psl emas sikit2, yg emas tu akan naik harga dan xkan jatuh dgn teruk walaupun akan ada up and down, tapi long term akan untung. skrg kita mungkin akan kata, nyesal aku x invest emas dari dulu, kalau x mesti dah untung banyak skrg. xpelah sbb dulu kita xde modal dan info sgt psl emas. tapi sekarang nie, kalau mcm aku dah dpt info dari kajian sikit2, tapi kalaulah x ambil peluang nie, dlm 3 tahun lagi, xkan aku nak ulang benda yang sama. oh, nyesal aku dulu x amik peluang. mmg nampak mcm dua-dua nyesal kan, bezanya, dulu boleh kita kata kita xtau sgt dgn xde modal. skrg nie, dah tau ngn ada modal skit2. so mesti akan lagi menyesal, hehe. tu lah maksud aku tadi, kesedaran untuk berubah. ni contoh jer, sbb plan aku akrg nie, akan memulakan pelaburan dlm bidang emas nie. kecil-kecilan je dulu. detailnya aku akan ceta kemudian nanti.
Share:

Proses Pertama: Penyusunan Semula Kewangan



Sebagai langkah awal ataupun step pertama aku adalah menyusun semula kedudukan kewangan. sebelum nie, aku ada buat beberapa loan yang secara detailnya (x berapa detail sbnrnya..hehe) seperti berikut:

malu gak sebenarnya nak tunjuk, tapi dgn niat ikhlas utk berkongsi pengalaman dan jgn jadi mcm aku sblm terlambat, aku bgtau la jugak:

Hutang (anggaran kasar dan selepas dpt rebet)

1) loan Bank Islam = RM10K (tertunggak lama dah, dan kena CTOS pun aku skrg, hehe)
2) Koperasi Kowaja = RM22k
3) Koperasi Kopesadik = RM60k
4) Koswip = RM4K

Total Hutang = 96k

so, skrg ni aku ada hutang dlm 96k. sebenarnya lebih sbb jumlah nie adalah jumlah utk aku wat full settlement. skrg nie, aku dalam proses utk buat satu loan daripada bank rakyat untuk cover semua hutang2 nie menjadi satu loan sahaja. memang nampak mcm kaedah gali lubang tutup lubang. tapi setelah diambilkira dengan kadar interest rate daripada koperasi yang tinggi jugak dan jumlah nett yg dapat, aku akan dapat jimat byk gak la. so, step nie aku namakan sebagai menyusun semula kewangan.

secara ringkasnya, aku dlm proses wat loan utk cover semua hutang2 nie jadi satu je, di samping tambah tambah skit loan utk aku mulakan beberapa plan aku yang aku akan terangkan kemudian nanti.

kalau korang tanya aku, mcm mana aku boleh sampai wat loan mcm tu, semuanya ada sejarah tersendiri, biarlah aku simpan sendiri. cuma yg positifnya adalah aku dah ada sebuah moto ngn kereta yg aku beli 2nd hand secara cash. so aku dah xde commitment dah psl keta ngn moto nie. ok la tu kan..:)

dan yg paling aku rasa mcm ok lagik, aku xde masalah dengan hutang kad kredit. psl nie, aku terima kasih sbb kena CTOS aritu, tu sbb bank x kasi aku wat kad kredit. kalau x, makin parah aku nanti, hehe.

ok, tu secara ringkas psl penyusunan kewangan versi aku. masing2 ada ceta masing2, terpulanglah mcm mana nak wat atau kaedah mana. yg penting ianya mesti bertambah positif, jgn makin melarat.
Share:

Pembelajaran Pertama: Saving




Aku ingin berkongi dari pembacaan aku sebelum nie. aku xkan huraikan panjang sbb perkara ini hanya untuk aku ingatkan diri aku di samping berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Perkara paling penting untuk bermula dalam mencapai "financial freedom adalah = saving. kalau ada saving baru kita boleh buat macam2. nak melabur ke, mebeli emas ke, hartanah ke, dan lain2 tu semua perlukan duit ataupun modal. so yang paling penting adalah mempunyai "duit". daripada mana nak datangnya duit nie. kenalah ada simpanan. biar sedikit dahulu daripada xde langsung.

ada org mesti kata, boleh wat loan. mmg boleh wat, tapi tu adalah hutang, dan hutang kena bayar balik. jgn nanti sampai silap langkah, mcm aku, hehe. xpe, tu ceta lama. skrg nie mula buku baru.

so, target aku skrg, memulakan saving dgn back to basic, 10% daripada income. dgn simple calculation dgn gaji aku yg x seberapa nie sebulan (-+ kasarnya dlm 3k, (belum tolak belanja + hutang), aku target aku akan simpan dlm 300 sebulan. harap menjadi kenyataan. kalaupun xdpt amaun tu, dpt memulakan menyimpan pun ok lah dulu. hehe.
Share:

Post Pertama

Salam semua.
(walaupun aku tau xde org nak baca lagi post nie, hehe)

Sebenarnya blog ni aku baru buat untuk mengingatkan diri aku tentang perubahan yang akan aku lakukan untuk masa depan aku. Kira mcm satu titik perubahan yang aku akan mulakan dengan langkah baru untuk mencapai cita-cita aku ke arah "financial freedom".

semua ni bertitik tolak daripada pembacaan aku di beberapa blog akhir-akhir ni. aku agak sibuk sikit membaca beberapa blog sebagai rujukan dan juga melakukan beberapa kajian.

Hasilnya aku rumuskan yang akan akan memulakan step yang baru dalam aspek perancangan kewangan aku sendiri. Harap ianya akan berjaya.

Jadi target aku sekarang untuk melakukan beberapa perkara sebagai langkah permulaan. secara ringkasnya seperti berikut:

1) menyusun semula kewangan, dlm ertikata lain, susuan semula kedudukan hutang piutang, hehe.
2) memulakan pelaburan dalam bidang emas (short term plan)
3) memulakan pelaburan dalam bidang hartanah (middle term @ long term plan)
4) menjana pasif income yang lain.

sebagai kredit aku ingin ucapkan terima kasih kepada beberapa blog yang aku baca sebelum ni spt blog pokli, jutawan emas shukor, pie2020 dan banyak lagik kerana membuka mata aku.

nie semua target aku dan harap ianya akan berjaya..amin.
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab