Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

16 September 2017

Realiti Kehidupan

Kehidupan setiap orang dari luaran berbeza-beza.. ada yg kaya.. miskin.. sedang-sedang.. kita hidup dalam dunia yang kita sendiri cipta.. hanya kita yg tau kebenarannya.. ada yg nampak kaya tapi hakikatnya miskin.. nampak miskin tapi hakikatnya kaya.. nampak miskin tp hakikatnya biasa-biasa tapi bahagia dan macam-macam lg..

Realitinya..kehidupan yang suma org nampak keatas kita ni..hanya kita yg tahu.. kita hidup atas kehendak..keperluan.. ataupun kemewahan.. tidak perlu untuk kita jelaskan kepada sesiapa..
Share:

13 January 2017

Harga Emas Naik Lagi?

Dah baca paper semalam..Berita Harian psl emas?

Kalau belum baca.. ni link nya:

Harga emas naik lagi

RM171.95 segram pada 12 Januari 2017


FotoKredit: Berita Harian

Ringkasnya.. Itu adalah faktor semasa yang boleh menggerakkan harga kenaikan emas dunia..

Kalau di Malaysia ni.. orang akan kata.. macam biasa la.. dekat Raya Cina..mmgla harga emas akan naik..



Berita Harian 17 Januari 2012

17 Januari 2012 = RM159.93 segram
12 Januari 2015 = RM171.95
1 Januari 2020 = ???

Jadi, kesimpulannya.. cerita sekarang psl emas naik harga.. bukannya makin turun..

Sebab tu ada kawan bgtau.. jangan mulakan simpanan emas sekarang..jika anda mahu mula pada harga RM503 segram pada tahun 2020 nanti..:)

Jumpa lagi..

Share:

09 January 2017

Mulakan simpanan emas..PART 1




Kalau nak bercerita pasal emas ni..agak menarik untuk dibincangkan sebenarnya. Sekarang ni macam dah trend dan heboh kat internet ni sana-sini suma dok bercerita psl menyimpan emas, simpan 1 gram 1 bulan, emas kalis inflasi, simpan emas lebih menguntungkan dari ASB, ekonomi negara semakin tenat..baik simpan emas dari simpan wang fiat, emas boleh gadai dan macam-macam lagi.

Bercerita psl emas ni pulak, memang akan panjang lagi pulak ceritanya.. emas mana yg bagus disimpan.. yang barang kemas 916 tu ke atau emas pelaburan 999.. samada bar atau wafer tu ke, jongkong ke, syiling emas ke..atau cukup sekadar pakai buku pelaburan emas. Pastu nak beli dan simpan emas fizikal ni pulak.. nak beli dari mana.. Public Gold ke, Poh Kong ke, Habib Jewel ke, Tomei ke.. Powergold ke, HarimauMint atau syarikat-syarikat emas yg lain..

Nanti katakan dah beli emas.. mana lagi bagus..nak pakai ke atau bagus simpan je kalau barang kemas.. atau kalau emas pelaburan tu nak simpan sendiri kat umah ke, atau kat safe box di bank, atau kat syarikat-syarikat yg sediakan perkhidmatan safe box..atau bagus lagi pajak kat Ar Rahnu.. nanti boleh lagi dapat duit 75% kan..:)

Paling tidak pun..ada yg bgtau.. beli jer emas..x rugi..simpan je.. beli time emas murah ni.. nanti harga emas naik..jual la. Kan dapat untung..masalahnya..mana nak tau harga emas..bila masa emas murah.. bila masa emas mahal.. nak tau tu kena tanya kat kedai emas ke, tgk kat kitco ke, tgk kat goldprice ke kat kedai pajak atau kat mana..




Sekarang nampak kan? banyak jugak la yang nak kena tau kan..ianya nampak mcm mudah tp mcm x mudah. nak kata payah pun mcm xdela payah sgt..

Pada saya sendiri.. jawapannya mudah je.. kena ada ilmu. Bila ilmu itu ada.. semuanya akan nampak mcm jelas.. dan tau apa nak buat.. ilmu emas ni boleh dapat dlm pelbagai cara.. paling tidak pun.. google je kt internet.. mcm2 ada.. kena banyakkan membaca.. baca kat blog otai otai emas ni.. free jer.. ilmu kena cari.. kena rajin.. kalau ada masa atau bajet.. boleh sertai seminar seminar psl emas ni.. byk pihak yg buat..ebook psl emas pun banyak..

Bercerita psl emas ni..pengalaman saya sendiri.. bermula sekitar tahun 2007.. saya mula tau psl emas dari seorang sahabat lama.. namanya pokli.. banyak ilmu emas yg saya dapat dari dia. Time tu x silap saya.. dia pun agak baru jugala dlm emas ni. Sekarang ni kalau sebut nama dia.. rasanya sapa sapa yg join Public Gold mesti kenal dia kan :) then selain tu juga.. ada la saya dok baca-baca kt blog Jutawan Emas Tuan Syukur. Di samping rujukan-rujukan yang lain.


FotoKredit: chiefacoins.com


Jadi saya pun ada la mula simpan sikit sikit. Ada la beli bar public gold ngn Dinar Kelantan.. simpan untuk jadikan "Money Magnet" bak kata Pokli. Time tu Dinar Kelantan agak famous gak.. daripada simpan sikit-sikit ni.. ada la yg dah gadai.. yg jual.. beli lagi.. jual.. pada saya time tu.. sekadar simpan biasa biasa je.. wat hobi.. lagipun beli emas ni bukan mcm beli brg biasa.. ada duit lebih baru beli.. kalau asyik kurang jer duit.. bila nak beli nya.. dlm sekitar masa tu juga.. saya lebih concentrate dgn hobi saya kumpul syiling dan duit lama.. sampai buat blog psl ni.. skrg dah x update dah.. tp lau nak tgk.. boleh tgk kat SINI.

Balik ceta psl emas.. selepas saya Kursus Asas dan join Agensi yg saya kerja sekarang.. saya mcm dah x menyimpan sgt emas ni.. nak kata sibuk pun.. bukanlah alasan yg sesuai.. hobi mengumpul syiling dan wang kertas pun mcm terabai skit.. sibukla kot..hehe..

Kemudian.. naik psl isu pelaburan emas..rempit Ar rahnu.. emas delay.. time ni rasanya ramai yg join dan macam ramaj yg sedia maklumla.. x perlu la nak ceta panjang kat sini. Ramai la juga yg lingkup rasanya. Then rasanya ramai yg serik dan pandang negatif dah psl emas ni..




Pendekkan ceta lagi.. akhir tahun lepas.. dalam dok pikir apa nak buat.. member sorg ni Ayie ajak wat bisnes emas.. jual beli emas.. so ok la.  mcm mana kaedahnya.. nanti la saya saya ceta kemudian.. tapi disebabkan saya ni xdela tau sgt psl barang kemas.. pasaran dll.. saya serahkan kat dia untuk yg ni.  saya lebih berminat dgn emas pelaburan.. lgpun ianya lebih kepada mulakan balik hobi lama saya..
Untuk tahun 2017 ni juga.  disebabkan dah decide nak fokus emas ni sebagai bisnes tambahan.. saya decide perlukan komitmen skit dan lebih serius.. jadi saya buat keputusan untuk jadi Dealer Emas.. baru mudah.. baru boleh dapat harga agen dll lagi.. nanti kemudian la ceta..

Kenapa saya pilih untuk jadi Dealer dan Agen untuk dua syarikat ni..nanti saya akan ceritakan kemudian pada PART 2.. sebab mcm dah panjang sangat dah post ni.. korang pun mesti dah bosan baca post panjang panjang ni kan.. hehe..

Tapi ni lah yg saya join :) mcm kt bawah ni..


dan juga yang ni..



Ok.. jumpa lagi next post..
Share:

07 January 2017

Masa untuk mulakan pendapatan kedua




Kehidupan sekarang ni memang tidak dapat tidak memerlukan kos sara hidup yang tinggi..komitmen yang makin hari makin meningkat, harga barang semakin naik..boleh kata semuanya sekarang nak pakai duit.. kalaupun ada kenaikan gaji tahunan sekalipun.. rasa macam cukup x cukup je nak imbangi kenaikan kos sara hidup ni.

Memangnya kalau yg dah ada kerja dan pendapatan yang stabil x rasa sgt.. tp bergantung la pada pendapatan masing-masing dan macam mana kita menguruskan kewangan kita. Gaji tinggi belum tentu cukup.. gaji rendah apatah lagi.. tp yang penting mcm mana kita menguruskan pendapatan, belanja dan simpanan kita.

2017 ni baru saja bermula. Rasanya ni lah masa yang sesuai untuk kita memperbetulkan balik apa yang kita telah silap atau tersasar sebelum ni dalam menguruskan kewangan kita. Masa yang silap join investment atau pelaburan yg salah tu..ambillah iktibar.. kalau ada yg buat bisnes x menguntungkan.. cuba kaji balik mana yg x betul.. dan yang pasti nya... mana yang belum bermula.. inilah masanya..

Dalam situasi kewangan sekarang ni.. kita x boleh lg nak harapkan gaji tetap semata-mata... kena ada pendapatan kedua. X kisahla buat bisnes apa.. part time ke.. mlm ke.. dropship ke..  isteri yg surirumah buat home business ke.. asalkan boleh tambah pendapatan keluarga.. kena pastikan aliran cash flow kewangan kita tidak lagi negatif.. sekarang ni masa untuk dapatkan dan gerakkan pendapat pasif..x boleh lg harapkan pendapatan aktif semata-mata. Kita tak boleh lagi menunggu.. merenungi kegagalan lalu.. serik.. mengeluh.. mengkaji dan mengkaji apa nak buat.. mulakan dulu.. baru kita tau.

Jadinya.. apabila cash flow kewangan kita semakin cantik nt.. then barulah kita boleh rancang psl simpanan pula nt. yela.. kalau asyik negatif je nt.. bulan2 x cukup.. mcm mana nak menyimpan.. mesti la bocor je ujung ujung bulan tu.

Ok jumpa lagi.
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab