Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

27 September 2009

Barang Kemas Timbul Dari Tanah

Muka depan Kosmo arini mcm menarik minat aku je utk berkongsi kat sini. Nie aku attachkan kat bawah.



Nak scan semua ceta tu mcm byk mukasurat lak, tapi aku postkan balik apa yg ada kat kosmo online.

Barang kemas timbul dari tanah



SEBAHAGIAN koleksi gelang dan rantai yang dikatakan keluar dari tanah di Kampung Muhibbah, Tapah.



TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.

Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu. Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan. Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.

Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut. Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.


Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja. "Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya. Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam. Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun.


Antara perkara yg menarik dinyatakan adalah:


- Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat kursi." Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini". Nie gambar loket itu:



- Hamidah" Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.

- Kamaluddin" Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya. Pemilik barang kemas kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu. Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang. "Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah menjadi tiga".


sumber: Kosmo dan Kosmo Online.


So, apa pandangan rakan2 sekalian? Nie betul barang kemas ke apa nie? Boleh kita sama-sama bincangkan..:)
Share:

Balik dari Cuti Raya

Salam semua,

Semalam baru sampai dari kampung, cuti raya. Arini baru berkesempatan nak jenguk blog, lama dah x update. kat kg xde akses internet. so pasni aku akan cuba untuk update selalu blog ni. pada sapa-sapa yg masih bercuti dan on the way nak balik semula daripada bercuti, harap berhati2 di jalanraya, semoga selamat sampai di tempat yg dituju k.
Share:

04 September 2009

Benarkah Influenza A (H1N1) Satu Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?

Satu laporan PENTING yang anda WAJIB baca....!

"Benarkah Influenza A (H1N1) Satu
Wabak Yang Dirancang Oleh Pihak Kapitalis?
Ketahui Fakta-Fakta dan Bukti Kajian Penting Virus Kejam Ini serta Satu-Satunya Cara
Terbaik Menyelamatkan Nyawa Anda!"



Laporan PERCUMA ini bakal mengejutkan anda dengan beberapa
fakta terbaru dan amat penting untuk diketahui umum! Anda perlu bertindak segera untuk mendapatkan laporan PERCUMA ini pada hari ini juga!


KLIK SINI untuk Download!!
Share:

03 September 2009

Bonus Percuma: Kalkulator Kewangan

Rasanya ramai yg dah tau psl tool nie. xpe, bagi yg belum tau, nie aku letakkan satu kalkulator kewangan bagi membantu kita menguruskan akaun kita. senang je nak guna, ada panduannya sekali kat ruangan help tu. Aku baru je guna 2 bulan, byk membantu utk kita wat semakan semula perbelanjaan kita. lagik satu, baru sedar rupanya byk gak perbelanjaan yg boleh dielakkan dan kategori x perlu. Boleh amik kat ruangan bonus percuma kat atas tu..:)
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab