Salam,
Dengan mengambilkira faktor cuti yang ada dan xde apa yang nak dibuat, aku ada la wat sikit search psl sejarah syiling emas kat Malaysia nie. Kalau x lengkap tu minta maaf la yea sbb nie apa yg aku jumpa kat internet je. sapa2 yg ada info boleh tambah kat ruangan komen, nanti aku updatekan.
Sejarah syiling emas di Malaysia bermula pada tahun 1971 di mana syiling yang dikeluarkan memaparkan gambar Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Syiling ini mempunyai nilai muka 100 Ringgit, diameter 27 mm, berat 18.66g dan ketulenan 917. Sebanyak 10,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:
Muka Depan
Muka Belakang
Kemudian pada tahun 1976,bersempena dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia yang ketiga, Syiling emas dengan memaparkan gambar Tun Abdul Razak pula dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter tidak diketahui, berat 7.3g dan ketulenan 900. Sebanyak 50,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:
Muka Depan
Muka Belakang
Pada tahun 1977,bersempena dengan Southeast Asian Games ke 9, Syiling peringatan emas dengan gambar Bajau Berkuda dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter 24 mm, berat 7.22g dan ketulenan 900. Sebanyak 12,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:
Selain itu, terdapat juga syiling emas yang dikeluarkan bagi sesuatu acara yang berlangsung. Syiling Peringatan ini dikeluarkan dengan jumlah tempaan yang terhad. Ada juga yg dikeluarkan menggunakan medium atau logam yang lain seperti perak. Aku cuma fokuskan pada syiling emas saja sebab nanti bercelaru pulak nanti, hehe. Antaranya adalah seperti berikut:
The 250 Ringgit Fifteenth South East Asia Games, 1989, gold.
The 250 Ringgit Employees' Provident Fund 25th Anniversary, 1951-1976, gold.
The 500 Ringgit 25th Anniversary of Independence, 1957-1982, gold
The 250 Ringgit 30th Anniversary of Independence, 1957-1987, gold.
RM250 United Nations Decade for Women Coin, 1986; Gold.
The 100 Ringgit, Tunku Abdul Rahman 13 Year Premiership, 1971, gold.
The 500 Ringgit World Wild Life Conservation, 1976, gold.
Pada 2 Julai 2009, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan Emas (pruf) bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Duit syiling peringatan pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa. Selain itu, turut dikeluarkan adalah Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.
(* Abaikan dulu gambar awek comel tu, tgk syiling tu jer, hehe)
Pada masa sekarang pula, Bank Negara telah mengeluarkan syiling emas yang dinamakan Kijang Emas. Rasanya yang nie ramai yang dah tau. Bila tarikh mula dikeluarkan tu aku x dpt nak pastikan pula. Kijang Emas ini ditempa oleh Royal Mint of Malaysia dan dijual oleh Maybank Berhad. Terdapat 3 saiz yang dikeluarkan iaitu 1 aun, 1/2 aun dan 1/4 aun. Gambar dan spesifikasinya seperti di bawah:
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm
Rasanya tu la serba sedikit berkenaan dengan sejarah syiling emas di Malaysia yang aku dapat kongsikan hasil carian yang dibuat. Selain itu, terdapat juga dinar emas yang dikeluarkan dan ada di Malaysia ni seperti Dinar Kelantan, Public Dinar dan yang lain-lain yang aku mungkin x tau. Nanti kalau ada masa, aku akan postkan pula berkenaan dengan Dinar Emas di Malaysia nie.
Sebagai kesimpulan, pada aku la, sapa-sapa yang berminat untuk buat koleksi syiling2 emas nie, amat baik sekali. Sepertimana yang kita sedia maklum, mengumpul emas tu banyak faedahnya utk protect wealth kita atas faktor-faktor yang banyak dibincangkan sebelum nie (boleh rujuk di web jutawanemas atau blog pokli). ditambah pula kalau kita boleh dapat kumpul balik syiling2 emas yang ada nie, mengambilkira nilai estetikanya dan value emas tu sendiri, mmg syok..:) yela, mcm kumpul setem la jugak, x kan nak kumpul setem kuala lumpur je kan. nie semua bergantung pada minat la. Apapun, mengumpul emas nie x kira la dalam apa bentuk pun mmg x rugi.
Jumpa lagi.
sumber:
http://www.taxfreegold.co.uk/malaysia.html
http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=4&pg=53
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1637&lang=bm
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/2/mstar_berita/20090702145241&sec=mstar_berita
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=441&ac=302&lang=bm
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom
Search Box by All Blogger Tricks
Langganan Artikel Percuma
Search This Blog
Categories
Affiliate dan Pengiklanan
Ar Rahnu
AutoPilot
Barang Kemas
Bonus Percuma
Cerita Emas
Emas
Gold Bar
Harimau Mint
Kisah Orang Berjaya
Link Partner
Motivasi
Motivasi Kewangan
Pajak Gadai
Pelaburan Emas
Pelbagai
Pengurusan Hutang
Pengurusan Kewangan
Perniagaan Internet
Public Bank GIA
Public Gold
Rahsia Kejayaan
Saving
Simpanan
Syiling Emas
Tips Hari Ini
Tune Talk Tone Excel
Video Berkaitan Emas
ChatBox
Hubungi Saya:
Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com
FB:
https://www.facebook.com/nuaraca
Pengurusan Kewangan
Artikel Emas
Popular Posts
-
Salam semua. (walaupun aku tau xde org nak baca lagi post nie, hehe) Sebenarnya blog ni aku baru buat untuk mengingatkan diri aku tentang pe...
-
Salam semua, Semalam baru sampai dari kampung, cuti raya. Arini baru berkesempatan nak jenguk blog, lama dah x update. kat kg xde akses inte...
-
Nilai kekayaan bukannya terletak pada berapa banyak pendapatan kita.. Ianya sebenarnya adalah bergantung kepada berapa banyakkah sim...
-
Lagi cerita pasal Ar-Rahnu Bank Rakyat.. Hari Rabu minggu lepas aku ngn member aku ayie ke Bank Rakyat di Sembulan, Kota Kinabalu....
-
Salam, Dengan mengambilkira faktor cuti yang ada dan xde apa yang nak dibuat, aku ada la wat sikit search psl sejarah syiling emas kat Mal...
-
Kali ni aku nak post psl Tune Talk Tone Excel. Apa benda sebenarnya ni.. jadi elok kita tgk lu sikit psl ni. Apa itu Tune Talk ? ...
-
Baca paper arini, terjumpa lak info ni.. rasanya macam belum pernah ada lagi sebelum ni. Tak tau la kalau sebelum ni aku ada terlepas...
-
Saya nak berkongsi satu cerita. Kisah ini berlaku semasa saya masih bertugas di Putrajaya. Tugasan yang diterima adalah untuk menjadi Pegawa...
-
Jangan takut untuk mencuba! Percentage kejayaan jika mencuba = 50%, iaitu 50 peratus berjaya atau 50% gagal. Percentage kejayaan jika x menc...
-
Salam. Kali ni kita sembang2 psl network. ramai org dok tanya bagus ke ada network nie? ada kata x bagus sebab nanti potong line, ...
Featured Posts
Recent Comments
Contact Form
Total Pageviews
link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>
3 comments:
tah wujud ke lagi ke x syiling emas lama2 nie, sapa2 yg wat koleksi ni mmg beruntungla.
i have one rm100 / rm200 malaysia old gold for sell
call for price or email
tommyeong8866@yahoo.com.my
0178038088
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
Post a Comment