Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

13 December 2016

Duit Simpanan utk masa depan dan kecemasan




Salam dan jumpa lagi..

Kali ni aku rasa nak tulis skit psl tajuk ni.. duit simpanan. Sebelum tu.. cuba kita check balik dulu masing-masing.. berapa banyak duit simpanan yang kita dah ada.. ada yg yg kumpul dh banyak..dah kaya raya pun.. ada yg kira ok la.. boleh survive kalau jadi apa-apa.. nak2 time situasi ekonomi yg makin mencabar ni.. ada yg masih belum ada simpanan..dan masih belum menyimpan pun lagi.. xpe..pada yg belum.. lepas ni boleh la start menyimpan..

Kenapa duit simpanan tu penting? Berapa sebenarnya yg patut kita simpan? Aku ni bukannya seorang yg pakar pasal kewangan..cuma dari pembacaan aku.. pakar2 kewangan mengesyorkan yg kita patut ada simpanan ni atleast 6 bulan pendapatan sekarang..paling tidak pun 3 bulan. So contohnya kalau yg gaji rm5 ribu tu..patut dh ada lebih kurang rm15 ribu la.. banyak kan?? tapi tu la yg kita patut ada..

Jadinya.. pesanan utk diri aku juga utk tahun 2017 ni.. nak mula tambahkan simpanan.. mulakan dengan apa yg kita rasa sesuai dulu..x kisahla berapa pun.. janji mula..dalam bentuk apa pun x kisah.. nak simpan dalam bank ke.. asb ke.. tabung haji ke.. simpan emas ke.. masing masing ada minat sendiri.. aku sendiri pun rasanya nak tahun ni nak start dlm emas sikit2 tahun ni.. kenapa emas.. rasanya ramai yg dh tahu.. byk rujukan leh dpt kt internet ni psl kelebihan menyimpan dlm emas.. ni jugala projek tahun 2017 yg aku nak restart balik nanti.. psl emas ni..lain post nanti la..

Balik psl simpanan ni..utk kecemasan.. mmgla tu antara tujuan utama kita menyimpan.. boleh guna time kecemasan.. jadi xdela susah payah nak berhutang nt.. kita x minta benda benda buruk berlaku pada kita atau keluarga.. tp benda ni x dpt nak elak.. boleh terjadi pada sapa sapa dan bila bila masa.. kalau ada duit simpanan sendiri kan mudah..

Pernah aku terbaca kt blog sifu kewangan.. kita kena sentiasa anggap mcm kita akan diberhentikan keja pada bila bila masa.. bersediakah kita menghadapinya.. cukupkah duit utk kita survive...utk hidup..utk makan.. utk backup life kita sementara kita cari keja lain.. atau cari bisnes.. ni berkait rapat juga dengan second income..atau pasif income.. kalau kita ada pasif income..bagusla..boleh la membantu.. tp kalau yg keja harapkan aktif income je.. mcm mana?

Banyak orang termasuklah aku sendiri.. mmg dah tau psl ni.. sedar x sedar.. bila check balik.. kita sebenarnya terlalu mengikut orang.. orang boros.. kita pun boros.. orang gi shoping.. gi berbelanja benda x sepatutnya.. berjalan2.. kita pun sama nak.. ni lumrah la.. tapi tahap kemampuan kita x sama.. kita kena lihat kemampuan kita.. berbelanja utk diri sendiri x salah.. belanja la utk diri sendiri.. hargai diri.. cuma jgn sebab nak tunjuk kt org atau terikut2.. kita tahu tahap kita..

Jadi mulai tahun 2017 ni yg nak mula ni.. pesanan utk diri sendiri.. yg lepas tu lepasla.. sekarang ni masa utk tune balik.. mulakan azam baru.. menyimpan.. selain dari nak mulakan beberapa projek tambah pendapatan.. harapnya berjaya..

Ok jumpa lagi..


Share:

3 comments:

Ridhone said...

Ada rezeki lwbih nnt saya cari abg nuar ye

Suha Anuar said...

yer.. nanti lawat jer bila-bila masa pun :)

sumon tripura said...

Wow, absolutely fantastic blog. I am very glad to have such useful information. Thanks. For more information visit legal herbal empire for sale

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab